VARIETI DURIAN (Durio zibethinus)


Terdapat 13 jenis durian yang popular dalam kalangan pengusaha tanaman durian di Malaysia yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Varieti-varieti ini popular disebabkan memiliki kualiti buah yang bagus (tekstur, rasa, warna dan bau), hasil pengeluaran yang tinggi dan ketahanan terhadap penyakit. Varieti- variety tersebut adalah ;

  1. D24

Asal: Bukit Merah Reservoir, Perak.

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat

·         Kulit berwarna hijau muda

·         Berkulit nipis

·         Duri tajam

·         Kulit mudah dikopek

Daun ·         Bertekstur lembut

·         Urat sedikit timbul

·         Bentuk seakan-akan seperti sampan.

Isi ·         Isi tebal

·         Berwarna kuning

Rasa ·         Berlemak

·         Sedikit pahit

                           


  1. D99 (KOP KECIL)

Asal: Thailand

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat

·         Kulit berwarna hijau gangsa

·         Berkulit nipis

·         Duri halus dan tajam

Daun ·         Bertekstur keras

·         Urat ketara timbul

·         Berbentuk oblong

Isi ·         Isi sederhana tebal

·         Berwarna kuning

Rasa ·         Manis

·         Berbau sederhana

     

 

     


  1. D123 (CHANEE)

Asal: Thailand

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz  besar dan panjang

·         Kulit berwarna hijau perang

·         Tangkai pendek dan besar

·         Duri kasar dan berwarna perang dihujung.

Daun ·         Kecil dan bulat

·         Tunas ketiak berkembang pada daun matang dengan ketara

·         Permukaan rata

Isi ·         Isi tebal

·         Berwarna kuning keemasan

Rasa ·         Lemak manis

·         Berbau kuat


  1. D145 (BERSERAH)

Asal: Berserah, Kuantan, Pahang.

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz  besar dan bulat

·         Kulit berwarna hijau

·         Kulit sederhana nipis

 

Daun ·         Beberapa lai daun melentik keatas
Isi ·         Isi sederhana tebal

·         Berwarna kuning

·         Biji penuh dan sederhana besar

Rasa ·         Lemak manis


  1. D158 (KAN YAU)

Asal: Thailand

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz  sederhana besar dan bulat

·         Kulit berwarna hijau muda

·         Berkulit nipis

·         Duri tajam, halus dan mengelilingi buah

·         Sukar dikopek

·         Tangkal panjang dan tebal

Daun ·         Lai daun lebar dari bahagian tengah ke pangkal daun
Isi ·         Isi tebal

·         Berwarna kuning

Rasa ·         Lemak manis

·         Sedikit pahit

   


  1. D159 (MON THONG)

Asal: Thailand

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sangat besar dan bujur panjang

·         Kulit berwarna perang kehijauan

·         Bergelugur dan hujung buah tajam

·         Duri tajam, halus dan mengelilingi buah

Daun ·         Tepi daun berombak

·         Tengah lai daun lebar dari bahagian atas daun

·         Permukaan daun licin

Isi ·         Isi tebal dan lembut

·         Berwarna kuning

·         Ulas besar

Rasa ·         Lemak manis

      

          


  1. D168 (HAJJAH KASMAH/IOI/MAS JOHOR)

Asal: Muar, Johor

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat

·         Kulit berwarna hijau perang

·         Mudah dikopek

·         Tangkai pendek dan pendek

Daun ·         Saiz kecil dan tirus

·         Tebal

Isi ·         Isi sederhana tebal, pejal berwarna jingga

·         Berwarna kuning

Rasa ·         Lemak manis

·         Sedikit pahit


  1. D169 (TOK LITOK)

Asal: Tanah Merah, Kelantan

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bujur panjang

·         Kulit berwarna hijau kekuningan

·         Berduri panjang dan tajam

Daun ·         Tekstur sederhana keras

·         Permukaan daun berombak

Isi ·         Isi tebal dan lembut

·         Berwarna kuning

Rasa ·         Lemak manis

·         Sedikit pahit

       

 


  1. D175 (UDANG MERAH)

Asal: Pulau Pinang

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bujur

·         Kulit berwarna hijau perang

·         Berduri pendek

Daun ·         Nipis

·         Permukaan licin dan berkilat

·         Urat daun tidak timbul

Isi ·         Isi tebal dan lembik

·         Berwarna kuning

Rasa ·         Lemak manis

  


  1. D188 (MDUR 78)

Asal: MARDI Jerangau, Kemaman, Terengganu.

Kacukan varieti D24 X D7.

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat membujur

·         Kulit berwarna hijau muda kekuningan

·         Kulit tebal

Daun ·         Sama seperti variati D24

·         Tekstur sederhana keras

Isi ·         Isi tebal dan besar

·         Bertekstur halus

·         Berwarna kuning

·         Saiz biji sederhana

·         Kulit merekah selepas 70 jam gugur dari pokok

Rasa ·         Lemak manis

·         Aromanya sederhana


  1. D189 ( MDUR79)

Asal: MARDI Jerangau, Kemaman, Terengganu.

Kacukan varieti D7 X D24

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat membujur

·         Kulit berwarna hijau tua

·         Kulit tebal

Daun ·         Sederhana keras

·         Bahagian tengah daun lebih lebar dari hujung dan pangkal

Isi ·         Isi tebal dan besar

·         Bertekstur halus

·         Berwarna kuning jingga

·         Saiz biji sederhana

Rasa ·         Lemak manis

·         Aromanya sederhana


  1. D190 (MDUR 88)

Asal: MARDI Jerangau, Kemaman, Terengganu.

Kacukan varieti D24 X D7

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat membujur

·         Kulit berwarna hijau kuning

Daun ·         Sederhana keras

·         Bahagian tengah daun lebih lebar dari hujung dan pangkal

Isi ·         Isi tebal dan besar

·         Bertekstur sederhana halus

·         Berwarna kuning emas

·         Saiz ulas lebih besar

Rasa ·         Lemak manis

·         Aromanya sederhana


  1. D197 (RASA KUNYIT/ MUSANG KING)

Asal: Tanah Merah, Kelantan.

Bahagian Ciri-ciri
Buah ·         Saiz sederhana besar dan bulat membujur

·         Kulit berwarna hijau muda

Daun ·         Tirus

·         Bahagian tepi berombak

Isi ·         Isi tebal

·         Bertekstur sederhana halus

·         Berwarna sangat kuning

Rasa ·         Lemak, manis dan pahit

          

     

 


SUMBER: JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

DIKARANG OLEH:

SHAHFIKA ISMAIL
BSP, UPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *