Pendebungaan Berbantu pada Pokok Durian

Kematangan pokok durian yang ditanam daripada benih cantuman kebiasaannya menunjukkan hasil selepas 6 tahun. Walau bagaimana pun, ada pokok yang menunjukkan kematangan dan boleh mengeluarkan hasil setelah hanya 4 atau 5 tahun ditanam. Bagi pokok yang disemai daripada biji benih, hasil mula muncul 7 hingga 10 tahun selepas penanaman.

Penghasilan buah yang rendah sering dikaitkan dengan pendebungaan yang tidak berjaya dan keletakan buah yang rendah. Apabila bunga durian matang, debunga dilepaskan dalam gugusan. Debunga ini tidak dibawa angin, membuatkan ia lebih sukar untuk melalui proses pendebungaan.  Proses pendebungaan durian selalunya dibantu oleh serangga dan haiwan seperti kupu-kupu dan keluang. Penglibatan kedua agen ini meningkatkan penghasilan buah.

Pendebungaan Berbantu

Walaupun pendebungaan pada pokok durian dibantu oleh haiwan dan serangga, penghasilan durian menjadi agak tidak terjamin sekiranya dibiarkan sahaja. Maka pendebungaan berbantu yag lakukan secara manual oleh pengusaha perlu dilakukan.

Kebanyakan bunga durian tidak sesuai melakukan pendebungaan sendiri. Bagi mengatasi malasah ini, beberapa klon yang berbeza perlu ditanam bagi melakukan pendebungaan dan mengeluarkan hasil.

 

 

 

 

 

 

 

Morphologi bunga pokok durian

 

 

 

 

 

 

 

 

Bunga durian yang mekar

 

 

 

 

Gugusan bunga durian

Kaedah pendebungaan durian secara manual

  1. Bunga durian yang bahagan anther-nya sudah matang untuk mengeluarkan polen.

Image result for Mature durian flower

 

 

 

 

 

 

2. Potongkan anther dan kumpulkan polen di dalam bekas

 

 

 

 

 

3. Sapukan polen yang dikumpul ke bahagian stigma bunga yang berada luar kelopak bunga yang masih belum mekar menggunakan berus.

        

 

Penggunaan spray untuk meniupkan debunga juga boleh dilakukan.

 

 

 

 

 

 

Kaedah pendebungaan berbantu ini perlu dilakukan apabila 25% daripada bunga pada pokok sudah mekar sepenuhnya. Bagi meningkatkan penghasilan, pendebungaan perlu dilakukan 10 – 12 jam sebelum bunga betul-betul mekar pada pukul 6.30 pm hingga 9.30 pm iaitu masa paling berkesan bagi proses pendebungaan durian.

 

Rujukan

  1. http://www.hawaiitropicalfruitgrowers.org/conferences/proceedings/15th_International_Tropical_Fruit_Conference_Proceedings_2005.pdf
  2. http://animhosnan.blogspot.com/2014/04/durian-teknologi-penuaian-hasil.html
  3. http://durianinfo.blogspot.com/p/assisted-hand-cross-pollination-of.html

Safwah Adani Zainuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *