PENYAKIT KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis)

Tanaman kelapa sawit merupakan antara tanaman utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara bagi sektor pertanian.  Ancaman penyakit boleh menyebabkan penurunan dari segi kualiti buah kelapa sawit itu sendiri bahkan kemerosotan kadar pengeluarannya juga turut terjejas.

 

Serangan penyakit oleh pathogen yang selalu terjadi dalam tanaman kelapa sawit diladang adalah seperti berikut;

  1. Kulapok Jelaga (Black Soothy Mould)
  • Disebabkan oleh patogen Brooksia.  
  • Spora tersebar melalui pembawaan angin/air hujan/ serangga.

Cth; MealyBug dan Aphid.

  • Tanda-tanda: Miselium hitam muncul diatas dan dibawah pada permukaan daun.
  • Kesan: Menganggu proses fotosintesis pokok, merendahkan kadar penghasilan tanaman.


2.Algal Leaf Spot

  • Disebabkan oleh serangan patogen Cephaleuros virescens.
  • Spora tersebar melalui pembawaan angin/air hujan/ serangga.
  • Tanda-tanda: Koloni berwarna kuning pada daun atau permukaan pelepah kelapa sawit.
  • Kesan: Mengganggu proses fotosintesis pokok, merendahkan kadar penghasilan tanaman.


3. Penyakit Jembala (Crown Disease)

  • Tidak diketahui puncanya. Penyelidik mencadang berpunca daripada masalah genetik atau faktor fisiologi.
  • Tanda-tanda: – Daun membongkok ke bawah di tengah-tengah
  • Risalah (leaflet)tidak hadir atau kecil dan kasar
  • Gejala berasal dari daun lembing (spear leaf)
  • Kesan: Pertumbuhan pokok terbantut, Kurang hasil pada peringkat awal.


4. Reput Batang Basah (Stem Wet Rot)

  • Tidak diketahui puncanya.
  • Tanda-tanda: – Pucuk dan daun muda mati.

                            – Pelepah kekuningan dan reput.

                           – Batang tisu; basah di pangkal batang, berubah warna kuning/coklat, tisu kimia musnah dan mempunyai

                             gentian (fibre) yang banyak.

  • Kesan: Kematian pokok.


5. Reput Pangkal Arang (Charcoal Stem Rot)

  • Berpunca daripada kulat Ustulina spp.
  • Tanda-tanda: – Daun; satu sisi menguning (chlorotic).Tisu batang; reput pada batang basal, bertukar menjadi warna hitam

                             seperti warna arang batu.

  • Kesan: Kematian pokok


6. Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)

  • Merupakan penyakit yang serius melanda Malaysia dan Indonesia untuk tanaman kelapa sawit. 
  • Penyakit BSR juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat parasit pada akar dan pohon.
  • Disebabkan oleh kulit Ganoderma;

 Ganoderma boninense

 Ganoderma zonatum

 Ganoderma miniatocinctum

 Ganoderma tornatum

  • Serangan: Bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati akan mereput dan terkulai membentuk seperti penutup dikeliling batang. Semua pelepah akan mati apabila batang reput.
  • Peringkat awal kulat berwarna putih yang akan berubah menjadi warna perang berkilat dibahagian atas.
  • Tanda-tanda: kemunculan Ganoderma pada batang pokok (fruiting body).
  • Kesan: Pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka, akhirnya menjadi perang dan mati. Penurunan pengeluaran hasil tanaman.


Disediakan oleh;

Nur Shahfika Bt Ismail

Bacelor Sains Pertanian,

Universiti Putra Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *