Pemangkasan pada Kelapa Sawit

Pokok kelapa sawit yang muda menghasilkan sebanyak 32 – 40 pelepah setahun, manakala pokok sawit yang matang menghasilkan 18 hingga 24 pelepah setahun. Apabila pelepah kelapa sawit ada dalam jumlah yang berlebihan, pengudaraan pada pokok akan berkurangan, ini menggalakkan pertumbuhan kulat pada daun, tandan bunga dan buah. Pelepah yang banyak juga akan menyebabkan daun bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari dan proses fotosistesis menjadi kurang efisyen. Selain itu, perkara tersebut menyukarkan proses penuaian dan buah lerai akan tersangkut pada celah pelepah. Tambahan pula, apabila pelepah kelapa sawit ada dalam jumlah yang tinggi, maka lebih nutrisi diperlukan oleh pokok bagi menghasilkan buah.

.

Pokok sawit yang tidak melakukan pemangkasan kurang  hasil dan menyukarkan pengurusan.

Pemangkasan merupakan salah satu amalan yang amat penting dalam mengusahakankan tanaman kelapa sawit. Objektif utama dalam melakukan pemangkasan pada tanaman kelapa sawit adalah bagi memastikan pokok mempunyai pelepah yang mencukupi untuk mendapatkan cahaya matahari dengan lebih efisyen. Kebaikan pemengkasan boleh:

  1. Meningkatkan penghasilan bunga betina dan mengurangkan bunga jantan.
  2. Meningkatkan berat dan hasil tandan sawit.
  3. Memudahkan proses penuaian sawit.
  4. Mengurangkan tandan rosak pada pokok sawit.

Walau bagaimanapun, pengusaha perlu waspada agar tidak memangkas pelepah secara berlebihan terutamanya pada pokok sawit yang matang. Hasil tuaian boleh berkurang sekiranya pemangkasan dilakukan secara berlebihan kerana proses fotosintesis pada pokok akan berkurang seterusnya mengurangkan penghasilan buah. Perkara ini berlaku kerana pokok akan menggunakan tenaga hanya untuk proses tumbesaran dan bukan pada penghasilan buah. Apabila perkara ini berlaku, pemulihan penghasilan pokok mungkin mengambil sehingga 2 tahun.

.

Pemangkasan berlebihan mengurangkan hasil tuai.

Umur pokok

Pemangkasan Catatan

<4 tahun

Pangkas hanya daun kering Pokok muda perlukan daun yang banyak bagi proses fotosintesis untuk mempercepatkan tumbesaran pokok.

4 – 7 tahun

Meninggalkan 2 pelepah bawah tandan buah

8 – 14 tahun

Meninggalkan 1 pelepah bawah tandan buah

>15 tahun

Menginggalkan 1 pelepah bawah tandan buah

.

.

Pokok sawit yang melakukan pemangkasan dengan baik.

Pemangkasan perlu dilakukan secara berkala, sekurang-kurangnya satu kali setahun. Kebiasaannya, pengusaha menlakukan pemangkasan sekaligus apabila melakukan penuaian hasil.

 

Disediakan oleh:

Safwah Adani Zainuddin

Bachelor Sains Pertanian, UPM

Rujukan:

  1. http://warisanpetani.blogspot.com/2016/06/kebun-kelapa-sawit-2-pemangkasan-pelepah.html
  2. http://klpswt.blogspot.com/2016/04/metode-pemangkasan-pelepah-kelapa-sawit.html
  3. http://kenzhi17.blogspot.com/2014/01/pemangkasan-tanaman-kelapa-sawit.html

Gejala Kekurangan Gizi (Nutrien) Pada Daun Tanaman

Tanaman yang sihat dinilai atau diukur berdasarkan saiznya, warna daun dan juga keseluruhan pertumbuhannya. Tanaman seharusnya kelihatan subur dan sihat pada setiap tahap perkembangannya seperti  warna daun yang hijau menyeluruh dan sekata, kuat, batang kukuh, saiz ukuran dan jumlah bunga serta buah yang normal. Terdapat tiga klasifikasi gizi pada tanaman yang diperlukan bagi pertumbuhan tanaman boleh dilihat kesan kekurangannya pada daun tanaman terutamannya. Tiga klasifikasi gizi tersebut adalah; gizi utama, gizi sekundar dan juga mikronutrien. Namun, dalam artikel ini akan membahaskan gejala-gejala kekurangan gizi utama dan beberapa gizi sekundar yang boleh dilihat pada pertumbuhan daun tamanan.

 

GIZI UTAMA (NPK):

Nitrogen (N) –

  • Umumnya berlaku pada daun tua (bawah)
  • Pertumbuhan terbantut dan berwarna berwarna pucat (kuning).
  • Klorosis (menguning) pada daun tua bermula pada hujung daun sehingga ke midrib, tepi daun tetap berwarna hijau.
  • Kesan terbakar muncul pada kekurangan yang ekstrem.
  • Bunganya masih diproduksi.
  • Catatan: kekurangan gizi Sulfur-gejala kekuningan pertama kali muncul pada daun muda.

 

 

 

 

 

 

 

Fosforus (P) –

  • Fosforus berkeupayaan untuk bergerak dari daun tua kedaun-daun yang muda; gejala akan berlaku pada dau tua dahulu yang kehilangan warna hijau gelap mereka.
  • Daun tips terlihat dibakar, diikuti oleh daun berubah hijau gelap atau kemerahan-ungu, akhirnya mengembangkan nekrotik jaringan (mati patch).
  • Beberapa daun dapat kemudian mengembangkan daerah nekrotik, dan daun muda menunjukkan tingkat pertumbuhan berkurang.
  • Kemerahan batang, sangat terhambat pertumbuhan dan perakaran yang tidak bagus.
  • Bunganya diproduksi, tetapi ada hasil panen buah rendah.
  • Kelambatan / tunda kematangan.
  • Pertumbahan biji benih berkurang.

 

 

 

 

 

 

 

Potasium (K) –

  • Gejala pertama kali terlihat pada daun tua dengan pengeringan pada hujug daun dan disepanjang pinggiran (margin) daun, diikuti oleh kematian tisu daun (nekrosis).
  • Daun herot dan mengerinting.
  • Margin daun seakan terbakar
  • Perkembangan sistem akar yang buruk.
  • Kurang ketahanan terhadap penyakit.
  • penginapan dan tanaman patogen juga dilihat.

 

GIZI SEKUNDAR (MgCa):

Calcium (Ca) –

  • Klorofil menjadi pudar sepanjang margin daun dan diantara urat terutamannya pasa musim sejuk.
  • Nekotik kecil mucul pada Kawasan yang pudar itu.
  • Buruk perkembangan akar.
  • Pramatang pertumbuhan tunas dan anak bunga.
  • Daun kuncup dan terminal tunas mati.
  • Daun menebal (kecil) menyebabkan ianya kehilangan kekuatan dan penipisan dedaunan di bawah kondisi yang parah.
  • Ranting mati (die-back) dan tumbuh beberapa tunas dari daun baru yang tidak seperti saiz biasa (lebih kecil).

 

Magnesium (Mg) –

  • Daun gugur.
  • Buah pra-matang berguguran jatuh.
  • Nekrosis dan chlorosis antara urat daun terutamannya pada hujung daun tua.
  • Kekuningan antara urat daun, kekadang warna coklat kemerahan.
  • Kebantutan tanaman tidak begitu besar seperti kekurangan gizi yang utama.
  • Daun dibahagian bawah menjadi kekuningan bermula dari luar masuk ke dalam, urat daun tetap hijau.

 

 


Karangan oleh:

Nur Shahfika bt Ismail

Bac. Sains Pertanian,

UPM.


Rujukan: 

Advancing the Chemical Sciences (RSC)

Haifa (Pioneering the Future) website

Power AG website

 

Pengairan pada Kelapa Sawit

Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah sebanyak 2500 mm. Walau bagaimanapun, taburan hujan tahunan tersebut adalah tidak sekata sepanjang tahun. Secara umumnya Malaysia menerima hujan yang tertinggi pada bulan 8 hingga 12 dan menghadapi musim kering pada bulan 3 sehingga sehingga 5. Pada musim kering, deficit air sering berlaku apabila kadar kehilangan air daripada proses evapotranspirasi adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar penerimaan air.

Kesediaan air bagi penyerapan oleh pokok sawit menggalakkan proses pembesaran yang pantas. Kesan daripada kekurangan air bagi pokok sawit boleh menyebabkan saiz daun berkurang. Walaupun tanaman sawit mempunyai ketahanan untuk melalui musim kering, ketiadaan air akan mempengaruhi kualiti buah dan hasil tuai. Pengairan pada tanaman kelapa sawit kebiasaannya bergantung kepada hujan. Maka, bagi mengurangkan kebergantungan kepada hujan semata-mata, sistem perparitan dan pengairan perlu disediakan di kawasan penanaman.

Sistem perparitan adalah salah satu kaedah penting yang sering digunakan oleh pengusaha ladang bagi mengawal air dalam tanah dan memastikan keberadaan air dalam tanah walaupun dalam musim kering. Saiz parit bergantung kepada jenis tanah kawasan penanaman. Di tanah rata, parit perlu dalam dan lebar bagi menyimpan air pada musim kemarau.

Pelan sistem perparitan bagi kelapa sawit.

 

Penyediaan sistem pengairan pada tanaman juga membolehkan penerimaan air kepada pokok secara terkawal. Penambahan air dapat mengurangkan stres kepada tanaman pada masa kering dan meningkatkan hasilnya. Kajian menunjukkan bahawa apabila tanaman mendapat sumber air daripada sistem pengairan dan air hujan, hasil dapat ditingkatkan kerana kelembapan dalam tanah memudahkan penyerapan nutrisi dalam tanah oleh tanaman. Antara sistem yang boleh digunakan adalah sistem titis (drip) dan sistem sprinkler. Namun, bagi mengurangkan penggunaan air, sistem titis disyorkan.

 

disediakan oleh :

Safwah Adani Zainuddin

Bachelor Sains Pertanian, UPM

Rujukan

  1. Tittinutchanon, 2008, A review of 15 years of oil palm irrigation research in Southern Thailand, http://netafimuk.com/Data/Uploads/143-5%20Oil%20palm%20Clendon%20et%20al.%20PPT%20Irrigation%20Trials%20Summary.pdf
  2. Md Noor, 2004, Water Deficit and Irrigation in Oil Palm: A Review of Recent Studies and Findings http://palmoilis.mpob.gov.my/publications/OPB/opb49-roslan.pdf
  3. http://agritech.tnau.ac.in/agriculture/agri_irrigationmgt_oilpalm.html
  4. http://he.naandanjain.com/uploads/catalogerfiles/oil-palm-2/NDJ_OilPlam_eng_booklet_130311F.pdf

pH Tanah

Acapkali kita mendengar mengenai pH tanah yang berkait rapat dengan pertumbuhan tanaman yang ditanam. Namun, adakah kita memahami perihal tersebut. Disini, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai perihal pH tanah di Malaysia. pH tanah menunjukkan tahap keassidan atau kealkalian sesuatu tanah tersebut bergantung kepada kehadiran ion Hidrogen (H+) dalam kelembapan tanah. Jika tanah tersebut berasid ianya menunjukkan tahap kandungan H+ yang tinggi manakala tanah berakali didominasi oleh ion Hidroxil (OH).

pH dikira pada skala 0 sehinnga 14. Pada pH 7, tanah adalah neutral; nilai bawah daripada 7 adalah tanah berasid, tinggi daripada nilai 7 ianya adalah tanah berakali. pH tanah boleh diditentukan dengan menggunakan kaedah larutan penunjuk (Kaedah Kuhn)dan meter pH.

  1. Kaedah Kuhn
  • Menentukan pH tanah menggunakan barium sulfat/ larutan penunjuk universal/ kaedah Kuhn
  • Alatan: Tabung uji, rak tabung uji, Carta pH, penutup getah, penitis, spatula
  • Bahan: Sampel tanah, barium sulfat, larutan penunjuk universal, air suling.

Langkah menggunakan Kaedah Kuhn

2. Meter Ph

  • Lebih mudah untuk menentukan pH tanah berbanding menggunakan kaedah Kuhn.
  • Hanya perlu masukkan meter pH kedalam tanah. Pastikan tanah tersebut lembap bagi memudahkan pembacaan pH.

Contoh pH meter

 

Tahap keasidan dan alkali tanah bergantung kepada kehadiran sesetengah unsur makanan untuk tanaman dalam tanah. Tanah yang berasid (bawah skala 7) kebiasaannya mengandungi kandungan Boron, Kuprum, Besi dan Zink yang tinggi manakala tanah yang tinggi tahap alkali mengandungi unsur Potassium, Sulfur dan Magnesium yang tinggi. Namun, kandungan Aluminium dan Manganese didalam tanah agak sukar untuk ditentukan kerana kedua-dua unsur ini larut dalam keadaan yang berasid. Dalam keadaan tanah yang nilai pH tinggi, unsur seperti Besi, Boron dan Manganese agak kurang kerana unsur-unsur ini tidak larut didalam air yang menyebabkan akar pokok tidak boleh untuk menyerapkan unsur tersebut untuk pertumbuhan tanaman. Kadar pH tanah yang optimum untuk tanaman adalah antara 5.5 – 6.5.

Carta standard pH tanah.


NUR SHAHFIKA BINTI ISMAIL

BACELOR SAINS PERTANIAN,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

KELAPA (Cocos nucifera L.) – Pengenalan & Kegunaan –

PENGENALAN

Kelapa (cocos nucifere L.) merupakan tanaman yang setiap bahagian pada pokoknya boleh diguna pakai untuk pelbagai kegunaan. Ianya juga dikenali sebagai ‘tree of life’ yang menjadi sumber makanan, perlindungan dan juga bahan api terutamanya kepada negara-negara di Asia dan Asia Tenggara yang dipenuhi dengan tanaman ini. Tanaman kelapa juga dikenali sebagai salah satu tanaman yang cantik dan menarik didunia. Terdapat tiga jenis kelapa; kelapa tinggi (cocos nucifera typica), kelapa rendah (cocos nucifera nana) kelapa hybrid (Tall X Dwarf).

  • Varieti Kelapa Tinggi:
  1. Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall)
  2. Kelapa Wangi Tall
  3. Ceylon
  4. West African Tall (WAT)
  5. Rennel Tall
  6. Tagnanan Tall
  7. SS Apricot Tall
  8. SS Green Tall
  • Varieti Kelapa Rendah:
  1. Kelapa Rendah Merah Malaya (MRD)
  2. Kelapa Rendah Kuning Malaya (MYD)
  3. Kelapa Pandan
  4. Kelapa Rendah Hijau Malaya (MGD)
  5. Kelapa Rendah Jingga Malaya
  • Varieti Kelapa Hybrid:
  1. MATAG

(Malayan Red Dwarf X Tagnanan Tall)

  1. MAWA

(Malayan Yellow Dwarf X West African Tall)

(Sumber:economic-importance-of-coconut-tree)


KEGUNAAN

Produknya yang utama adalah minyak yang diekstrak dari isirong (kernel). Saki-baki kelapa akan digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan. Air kelapa daripada buah muda adalah minuman yang popular dalam kalangan masyarakat. Isi kelapa muda kelihatan seperti jeli yang sedap untuk dimakan. Isirong yang diparut dijual sebagai kelapa parut yang kebiasaannya digunakan dalam makanan dan kuih-kuih.

Sekam (husk) dalam buah kelapa mengandungi serat yang penting. Sabut kelapa boleh digunakan untuk penghasilan tali, permaidani, berus, dan sebagainya. Tempurung kelapa juga digunakan sebagai peralatan rumah dan arang.

 

Selain itu, gugusan bunga-bunga (inflorescence) kelapa juga boleh mengeluarkan sap (tinggi kandungan gula) bagi menghasilkan gula, cuka dan minuman beralkohol boleh diperbuat daripadanya. Daun-daun pokok kelapa boleh digunakan sebagai bumbung. Lidi daun pula boleh dijadikan sebagai penyapu. Disamping itu, kegunaan pada batang pokok kelapa adalah lebih banyak terutamanya dalam pembinaan rumah. Tambahan pula, kegunaan lain batang kelapa adalah seperti perabot atau alat mengendalikan.

Cairan (sap) daripada bunga kelapa.

Barangan daripada batang kelapa


Disediakan oleh;

NUR SHAHFIKA BINTI ISMAIL

BACELOR SAINS PERTANIAN,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.