KELAPA (Cocos nucifera L.) – Pengenalan & Kegunaan –

PENGENALAN

Kelapa (cocos nucifere L.) merupakan tanaman yang setiap bahagian pada pokoknya boleh diguna pakai untuk pelbagai kegunaan. Ianya juga dikenali sebagai ‘tree of life’ yang menjadi sumber makanan, perlindungan dan juga bahan api terutamanya kepada negara-negara di Asia dan Asia Tenggara yang dipenuhi dengan tanaman ini. Tanaman kelapa juga dikenali sebagai salah satu tanaman yang cantik dan menarik didunia. Terdapat tiga jenis kelapa; kelapa tinggi (cocos nucifera typica), kelapa rendah (cocos nucifera nana) kelapa hybrid (Tall X Dwarf).

  • Varieti Kelapa Tinggi:
  1. Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall)
  2. Kelapa Wangi Tall
  3. Ceylon
  4. West African Tall (WAT)
  5. Rennel Tall
  6. Tagnanan Tall
  7. SS Apricot Tall
  8. SS Green Tall
  • Varieti Kelapa Rendah:
  1. Kelapa Rendah Merah Malaya (MRD)
  2. Kelapa Rendah Kuning Malaya (MYD)
  3. Kelapa Pandan
  4. Kelapa Rendah Hijau Malaya (MGD)
  5. Kelapa Rendah Jingga Malaya
  • Varieti Kelapa Hybrid:
  1. MATAG

(Malayan Red Dwarf X Tagnanan Tall)

  1. MAWA

(Malayan Yellow Dwarf X West African Tall)

(Sumber:economic-importance-of-coconut-tree)


KEGUNAAN

Produknya yang utama adalah minyak yang diekstrak dari isirong (kernel). Saki-baki kelapa akan digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan. Air kelapa daripada buah muda adalah minuman yang popular dalam kalangan masyarakat. Isi kelapa muda kelihatan seperti jeli yang sedap untuk dimakan. Isirong yang diparut dijual sebagai kelapa parut yang kebiasaannya digunakan dalam makanan dan kuih-kuih.

Sekam (husk) dalam buah kelapa mengandungi serat yang penting. Sabut kelapa boleh digunakan untuk penghasilan tali, permaidani, berus, dan sebagainya. Tempurung kelapa juga digunakan sebagai peralatan rumah dan arang.

 

Selain itu, gugusan bunga-bunga (inflorescence) kelapa juga boleh mengeluarkan sap (tinggi kandungan gula) bagi menghasilkan gula, cuka dan minuman beralkohol boleh diperbuat daripadanya. Daun-daun pokok kelapa boleh digunakan sebagai bumbung. Lidi daun pula boleh dijadikan sebagai penyapu. Disamping itu, kegunaan pada batang pokok kelapa adalah lebih banyak terutamanya dalam pembinaan rumah. Tambahan pula, kegunaan lain batang kelapa adalah seperti perabot atau alat mengendalikan.

Cairan (sap) daripada bunga kelapa.

Barangan daripada batang kelapa


Disediakan oleh;

SHAHFIKA ISMAIL

BSP, UPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *