Pengairan pada Kelapa Sawit

Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah sebanyak 2500 mm. Walau bagaimanapun, taburan hujan tahunan tersebut adalah tidak sekata sepanjang tahun. Secara umumnya Malaysia menerima hujan yang tertinggi pada bulan 8 hingga 12 dan menghadapi musim kering pada bulan 3 sehingga sehingga 5. Pada musim kering, deficit air sering berlaku apabila kadar kehilangan air daripada proses evapotranspirasi adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar penerimaan air.

Kesediaan air bagi penyerapan oleh pokok sawit menggalakkan proses pembesaran yang pantas. Kesan daripada kekurangan air bagi pokok sawit boleh menyebabkan saiz daun berkurang. Walaupun tanaman sawit mempunyai ketahanan untuk melalui musim kering, ketiadaan air akan mempengaruhi kualiti buah dan hasil tuai. Pengairan pada tanaman kelapa sawit kebiasaannya bergantung kepada hujan. Maka, bagi mengurangkan kebergantungan kepada hujan semata-mata, sistem perparitan dan pengairan perlu disediakan di kawasan penanaman.

Sistem perparitan adalah salah satu kaedah penting yang sering digunakan oleh pengusaha ladang bagi mengawal air dalam tanah dan memastikan keberadaan air dalam tanah walaupun dalam musim kering. Saiz parit bergantung kepada jenis tanah kawasan penanaman. Di tanah rata, parit perlu dalam dan lebar bagi menyimpan air pada musim kemarau.

Pelan sistem perparitan bagi kelapa sawit.

 

Penyediaan sistem pengairan pada tanaman juga membolehkan penerimaan air kepada pokok secara terkawal. Penambahan air dapat mengurangkan stres kepada tanaman pada masa kering dan meningkatkan hasilnya. Kajian menunjukkan bahawa apabila tanaman mendapat sumber air daripada sistem pengairan dan air hujan, hasil dapat ditingkatkan kerana kelembapan dalam tanah memudahkan penyerapan nutrisi dalam tanah oleh tanaman. Antara sistem yang boleh digunakan adalah sistem titis (drip) dan sistem sprinkler. Namun, bagi mengurangkan penggunaan air, sistem titis disyorkan.

 

disediakan oleh :

Safwah Adani Zainuddin

Bachelor Sains Pertanian, UPM

Rujukan

  1. Tittinutchanon, 2008, A review of 15 years of oil palm irrigation research in Southern Thailand, http://netafimuk.com/Data/Uploads/143-5%20Oil%20palm%20Clendon%20et%20al.%20PPT%20Irrigation%20Trials%20Summary.pdf
  2. Md Noor, 2004, Water Deficit and Irrigation in Oil Palm: A Review of Recent Studies and Findings http://palmoilis.mpob.gov.my/publications/OPB/opb49-roslan.pdf
  3. http://agritech.tnau.ac.in/agriculture/agri_irrigationmgt_oilpalm.html
  4. http://he.naandanjain.com/uploads/catalogerfiles/oil-palm-2/NDJ_OilPlam_eng_booklet_130311F.pdf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *