Pemangkasan pada Kelapa Sawit

Pokok kelapa sawit yang muda menghasilkan sebanyak 32 – 40 pelepah setahun, manakala pokok sawit yang matang menghasilkan 18 hingga 24 pelepah setahun. Apabila pelepah kelapa sawit ada dalam jumlah yang berlebihan, pengudaraan pada pokok akan berkurangan, ini menggalakkan pertumbuhan kulat pada daun, tandan bunga dan buah. Pelepah yang banyak juga akan menyebabkan daun bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari dan proses fotosistesis menjadi kurang efisyen. Selain itu, perkara tersebut menyukarkan proses penuaian dan buah lerai akan tersangkut pada celah pelepah. Tambahan pula, apabila pelepah kelapa sawit ada dalam jumlah yang tinggi, maka lebih nutrisi diperlukan oleh pokok bagi menghasilkan buah.

.

Pokok sawit yang tidak melakukan pemangkasan kurang  hasil dan menyukarkan pengurusan.

Pemangkasan merupakan salah satu amalan yang amat penting dalam mengusahakankan tanaman kelapa sawit. Objektif utama dalam melakukan pemangkasan pada tanaman kelapa sawit adalah bagi memastikan pokok mempunyai pelepah yang mencukupi untuk mendapatkan cahaya matahari dengan lebih efisyen. Kebaikan pemengkasan boleh:

  1. Meningkatkan penghasilan bunga betina dan mengurangkan bunga jantan.
  2. Meningkatkan berat dan hasil tandan sawit.
  3. Memudahkan proses penuaian sawit.
  4. Mengurangkan tandan rosak pada pokok sawit.

Walau bagaimanapun, pengusaha perlu waspada agar tidak memangkas pelepah secara berlebihan terutamanya pada pokok sawit yang matang. Hasil tuaian boleh berkurang sekiranya pemangkasan dilakukan secara berlebihan kerana proses fotosintesis pada pokok akan berkurang seterusnya mengurangkan penghasilan buah. Perkara ini berlaku kerana pokok akan menggunakan tenaga hanya untuk proses tumbesaran dan bukan pada penghasilan buah. Apabila perkara ini berlaku, pemulihan penghasilan pokok mungkin mengambil sehingga 2 tahun.

.

Pemangkasan berlebihan mengurangkan hasil tuai.

Umur pokok

Pemangkasan Catatan

<4 tahun

Pangkas hanya daun kering Pokok muda perlukan daun yang banyak bagi proses fotosintesis untuk mempercepatkan tumbesaran pokok.

4 – 7 tahun

Meninggalkan 2 pelepah bawah tandan buah

8 – 14 tahun

Meninggalkan 1 pelepah bawah tandan buah

>15 tahun

Menginggalkan 1 pelepah bawah tandan buah

.

.

Pokok sawit yang melakukan pemangkasan dengan baik.

Pemangkasan perlu dilakukan secara berkala, sekurang-kurangnya satu kali setahun. Kebiasaannya, pengusaha menlakukan pemangkasan sekaligus apabila melakukan penuaian hasil.

 

Disediakan oleh:

Safwah Adani Zainuddin

Bachelor Sains Pertanian, UPM

Rujukan:

  1. http://warisanpetani.blogspot.com/2016/06/kebun-kelapa-sawit-2-pemangkasan-pelepah.html
  2. http://klpswt.blogspot.com/2016/04/metode-pemangkasan-pelepah-kelapa-sawit.html
  3. http://kenzhi17.blogspot.com/2014/01/pemangkasan-tanaman-kelapa-sawit.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *