PEROSAK KELAPA SAWIT

Secara amnya, setiap tahap pertumbuhan kelapa sawit menerima ancaman daripada serangan perosak yang akan menganggu dan merencatkan perkembangan dan pertumbuhan kelapa sawit itu sendiri. Perosak tanaman sawit terdiri daripada pelbagai jenis, saiz dan jenis serangannya. Antranya serangan yang sering kali berlaku pada tanaman kelapa sawit adalah;

  1. Kumbang Tanduk (Oryctes rhinoceros)

Pembiakan: pada tunggul yang mereput atau bahan organik (habuk kayu, tahi lembu atau tandan buah kosong).

Serangan:

  • Makan daun pucuk menyebabkan berlubang pada daun.
  • Makan tisu lembut
  • Pemotongan berbentuk V rumbia atau lubang di midrib daun membentuk seperti kipas.

Kawalan:

Kaedah Kultural:

  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan kumbang tanduk.
  • Tanam tanaman penutup bumi ditempat berpotensi untuk pembiakan (kurangkan penggunaan keadah pembakaran).

Kaedah Kimia: cypermethrin, lambda cyhalothrin, acephate atau Nurelle mengikut kadar yang di syorkan dilabel.

Perangkap:

  • Perangkap Feromon (Sime RB dan Ferrolure) – memerangkap kumbang jantan dengan menggunkan feroman yang mimik bau kumbang betina.
  • Perangkap Tiruan – mengelirukan kumbang dengan menyediakan satu kawasan atau tempat yang sama seperti tempat untuk pembiakan kumbang.

Perangkap feromon


2.  Kumbang Kaboi

Kumbang Apogonia (Apogonia cribricolli) –

Serangan:

  • Makan daun muda dan poucuk terutamanya dikawasan tapak semaian.
  • Bermula dari bahagian luar ke bahagian dalam termasuklah pada urat daun.
  • Najis kumbang berwarna hitam boleh ditemui di permukaan daun muda.

Kawalan:

Kimia –

  • cypermethrin atau trichlorfon.
  • Gunakan gamma –HCH untuk memusnahkan larva dan dewasa di dalam tanah.

 

Kumbang Chaper (Adoretus compressus) –

Serangan:

  • Makan daun tengah menyebabkan berlubang.
  • Serangan pada daun muda lebih serius sehinga merosakkan kedua-dua permukaan daun.

Kawalan:

Kimia – cypermethrin, trichlorfon atau Gamma -HCH


3.  Anai – anai (Coptotermes formosanus)

Serangan:

  • Serangan lebih banyak dikawasan tanah gambut.
  • Koloni anai-anai yang besar boleh memenuhi ruang dalam tanah dengan luas dan membukit tinggi bagi yang membina busut.
  • Serangan tertumpu pada bahagian pangkal batang dan akar menyebabkan pokok muda mati.
  • Serangan pada pokok tua tidak menunjukkan tanda nyata, namun akan tumbang dalam tiupan angin kencang berikutan pegangan akar dalam tanah yang lemah.

Kawalan:

Kimia –  Deltamethrin, chloropyrifos atau alpha-cypermethrin.

Kultura – Kawalan paras air di tanah gambut.

 

4.  Tikus

Jenis;

  • Tikus Sawah (Rattus argentiventer)

  • Tikus Belukar (Rattus tiomanicus)

  • Tikus Rumah (Rattus rattus diardii)

Serangan:

  • Peringkat semaian dan buah kelapa sawit matang.
  • Makan buah kelapa sawit.
  • Menjejaskan rupa dan kualiti buah sawit.
  • Merosakkan bunga jantan kelapa sawit.
  • Elaies kamerunicus  (pendebunga) turut dimakan.

Kawalan:

  • Kimia –

Generasi pertama: Warfarin, chlorophacinone, diphacinone

Generasi kedua: Bromadiolone, Brodifacoum, Flocoumafen, Difethialone

  • Biologi – Burung Hantu (Tyto alba)

    5. Gajah

Serangan:

    • Makan umbut dan pucuk kelapa sawit.
    • Merosakkan tanaman.

Kawalan:

  • Kurangkan serangan dengan memasang pagar elektrik dan mengali parit di sekitar kawasan tanaman.
  • Membuat panggilan kepada pihak PERHILITAN untuk bantuan yang lebih lanjut.

Rujukan:

  • DOA, MPOB, IMPIANA blogspot,Buku Theori blogspot, AnimAgro Tech blogspot.
  • croped.koko.my, coptotermis&catid.

Disediakan oleh:

Shahfika Ismail

BSP,UPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *