Ketersediaan Nutrien pada Tanah

Proses tumbesaran dan penghasilan buah pada tanaman bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor utama adalah ketersediaan nutrien bagi penyerapan oleh tumbuhan. Gizi atau nutrien penting bagi tumbuhan bagi menjalankan proses fotosintesis, pembentukan sel-sel baharu dan pembentukan biokimia yang terlibat dalam tumbesaran tumbuhan. Apabila tumbuhan tidak mendapat nutrient yang mencukupi bagi menjalankan proses-proses tersebut, maka tumbuhan tersebut akan menunjukkan gejala seperti klorosis di mana daun menjadi kuning dan nekrosis iaitu sel-sel mati yang kebiasaannya pada daun atau buah.

Secara kebiasaannya, apabila melihat gejala kekurangan nutrien, persoalan yang akan timbul adalah kecukupan aplikasi baja. Walau bagaimanapun, ketersediaan nutrien bagi penyerapan oleh tumbuhan tidak hanya bergantung kepada kandungan nutrient tersebut dalam baja yang diberikan kepada tumbuhan. Ada kemungkinan nutrien yang diperlukan sudah wujud dalam tanah, tetapi tidak tersedia untuk penyerapan oleh tumbuhan. Hal yang demikian adalah kerana ketersediaan nutrient bagi tumbuhan bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah pH tanah, kewujudan dan ketersediaan air pada tanah dan interaksi nutrient pada tanah.

Kesan pH pada tanah kepada tanah adalah sangat penting. pH yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan menyebabkan nutrient dalam tanah wujud dalam keadaan yang tidak tersedia bagi tumbuhan. Purata pH yang terbaik bagi pertumbuhan pokok adalah 5.5 hingga 6.5. Maklumat lanjut tentang pH boleh didapatkan daripada link ini : https://fastgrow.my/2019/03/08/ph-tanah/

Secara umumnya, tanah di Malaysia mempunyai pH yang agak rendah (pH sekitar 3-4). Untuk meningkatkan pH tanah 600g kapur pertanian diperlukan untuk 1 meter persegi tanah. Walau bagaimanapun, kadar aplikasi tertakluk pada keadaan tanah. Sekiranya kapur diletakkan secara berlebihan, tanah boleh menjadi bersifat alkali dan toksik kepada tumbuhan.

Kesan pH kepada ketersediaan nutien pada tumbuhan

Faktor kedua nutrient tidak boleh diserap oleh tumbuhan sedangkan nutrient tersebut sudah wujud didalam tanah adalah kerana kekurangan air. Ketersediaan air penting  bagi pelarutan nutrien dalam tanah untuk penyerapan oleh tumbuhan. Nutrien pada tanah diserap dalam keadaan ion oleh akar tumbuhan. Sekiranya air tidak tersedia pada tanah untuk penyerapan oleh tumbuhan, nutrien dalam tanah akan wujud dalam keadaan yang tidak bole diserap oleh tumbuhan.

Interaksi antara nutrien dalam tanah sendiri menjadi satu faktor kebolehan tumbuhan untuk menyerap baja daripada tanah. Interaksi ini disebut sebagai inteakri antagonisme dan sinergisme. Kedua interaksi ini telah diringkaskan dengan Mulder’s Chart.

Carta Mulder menjelaskan interaksi antagonisme dan sinegisme nutrien

Interaksi antagonisme pada nutrien adalah apabila peningkatan satu nutrien menyebabkan pengurangan nutrien daripada unsur lain. Contohnya seperti yang boleh dilihat pada carta Mulder, peningkatan kadar Nitrogen pada boleh menyebabkan kurangnya ketersediaan potash, boron dan kuprum untuk tumbuhan. Perkara yang sama juga akan terjadi pada mangan, fosforus, zink, boron, mangesium, ferum dan potash sekiranya kalsium berada dalam kadar yang tinggi.

Interaksi sigergi pula berlaku apabila peningkatan satu nutrien menyebabkan peningkatan keperluan nutrien lain. Seperti yang dilihat, peningkatan molybdenum akan menigkatkan keperluan nitrogen, seterusnya meningkatkan keperluan magnesium dan kemudian fosforus. Maka, bagi memastikan tumbesaran tumbuhan dengan sihat perlu diambil kira pelbagai aspek bagi mewujudkan keseimbangan input yang akan memastikan ketersediaan nutrien bagi penyerapan pada pokok.

Disediakan oleh:

Safwah Adani Zainuddin

Bachelor Sains Pertanian UPM

Rujukan

  1. https://www.researchgate.net/figure/Mulders-chart-shows-some-of-the-interactions-between-plant-nutrients-Interaction-A_fig2_269070969
  2. https://www.nutrientstewardship.com/implementation/soil-ph-and-the-availability-of-plant-nutrients/
  3. http://www.christopherteh.com/blog/2019/02/gardening-perfect-soil/
  4. http://www.fao.org/tc/exact/sustainable-agriculture-platform-pilot-website/nutrients-and-soil-fertility-management/en/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *