SERANGAN TIKUS DI SAWAH PADI

Oryza sativa atau lebih dikenali sebagai padi merupakan salah satu makanan ruji yang penting di dunia. Pengambilan padi (beras) dalam diet hari oleh manusia adalah disebabkan tinggi kandungan gizi, mineral dan vitamin.

Walau bagaimanapun, penghasilan padi terganggu disebabkan oleh aktiviti tikus yang akan menyerang sawah padi dengan memakan padi pada setiap peringkat pertumbuhan padi. Sehubungan dengan itu, permasalahan ini yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan padi dan juga penghasilan padi.

Kerosakkan yang berlaku di sawah padi yang disebabkan oleh serangan tikus amat ketara kesannya jika tiada kawalan yang diambil untuk mengatasinya. Tanpa pengaplikasian kaedah kawalan, kerosakan pada tanaman padi boleh mencecah 30%. Spesis tikus yang biasa merosakkan tanaman padi adalah; Tikus Sawah (Rattus argentiventer), Tikus Bandikot (Bandicota indica) dan Tikus Ryukyu (Mus caroli). Tikus sangat aktif pada waktu malam bermula dari waktu senja sehingga waktu fajar.

Kerosakan yang disebabkan oleh serangan tikus berlaku pada semua peringkat pertumbuhan tetapi mencapai kemuncak apabila padi matang. Kerosakan yang berlaku diperingkat awal boleh disebabkan oleh tikus memakan benih secara langsung atau menariknya benih yang telah bercambah. Pada peringkat pertumbuhan padi bunting (booting stage), tikus akan memotong (sudut 45) atau membengkok tillers lebih tua untuk mencapai panicles yang membangun. Semakin tanaman padi matang, tikus memotong atau melentur batang padi (tillers) untuk makan bijian yang sudah berisi/masak. Kerosakan tikus pada padi yang mungkin menyerupai kerosakan yang dilakukan oleh burung pada peringkat padi masak/matang. Kerosakan ini biasanya rendah semasa di peringkat vegitatif namun, meningkat dengan pantas selepas peringkat pendebungaan. Peningkatan kerosakan pada padi membawa maksud kepada jumlah tikus lebih yang lebih besar disebabkan oleh peningkatan perlindungan dan sumber makanan.

Lubang tikus untuk pergerakan mereka melalui bawah tanah dari satu petak sawah ke petak yang lain.

Kesan tapak kaki tikus didalam bendang.

Contoh kerosakkan yang dilakukan oleh tikus pada tanaman padi.

Antara langkah yang oleh dilakukan bagi mengawal serangan tikus di sawah padi adalah;

1)Pengurusan kawasan/ladang:

  • Kawasan persekitaran sawah perlu sentiasa dibersihkan daripada segala semak samun atau belukar. Kawasan yang tidak bersih dan bersemak menyediakan tempat perlindungan serta pembiakan yang sesuai untuk tikus.
  • Penanaman secara serentak ini akan dapat mengurangkan sumber makanan tersedia kepada tikus apabila kesemuanya dituai secara serentak dan akan mengakibatkan pengurangan populasi tikus secara semula jadi.
  • Bersihkan kawasan sawah dan tali air dari rumpai dan semak samun. Saiz batas bendang perlu dikecil dan direndahkan.

2) Kawalan kimia/racun:

  • Racun Generasi Pertama (multi-doses)

– Akan menyebabkan mortaliti (kematian) kepada tikus dengan menghalang keupayaan haiwan untuk menghasilkan beberapa faktor pembekuan darah utama (darah tidak dapat membeku).

– Contoh bahan aktif: Warfarin, Chlorophacinone dan Diphacinone.

Bahan aktif: Chlorophacinone

  • Racun Generasi Kedua (Single-dose)

– Menyebabkan mengalami pendarahan dalaman badan yang disebabkan oleh anti-koagulan racun yang menghalang darah membeku dan membawa kesan kepada salur darah.

– Contoh bahan aktif: Brodifacoum, Bromadiolone, Defethialone,Difenacoum dan Flocoumafen.

Bahan aktif: Flucomafen

  • Kawalan secara biologi:

– Burung Hantu/ Pungguk Jelapang (Barn Owl)

Pemangsa yang efektik dalam pengawalan populasi tikus. Burung hantu mempunyai penglihatan yang tajam yang mampu mengesan kedudukan dan pergerakan tikus. Burung pemangsa ini merupakan burung nokturnal yang aktif mencari makanan pada waktu malam. Pungguk jelapang memiliki pendengaran yang tajam yang digunakan untuk mengesan serta memburu mangsanya. Rupa bentuk muka, susunan dan struktur bulu pada muka amat membantu dalam proses menyalurkan gelombang bunyi kepada bukaan atau kaviti telinga yang terdapat pada sisi kepala burung ini. Saiz bukaan telinga ini juga boleh diubah-ubah untuk memaksimumkan pengumpulan bunyi.

Selain itu, kaki burung pemangsa ini juga merupakan senjata utama yang menyumbang kepada keberkesanannya sebagai agen kawalan tikus di sawah. Seperti burung pemangsa yang lain, jari kaki pungguk jelapang dilengkapi dengan kuku tajam yang digunakan untuk menangkap tikus. Kuku yang tajam ini juga mampu memegang dan membunuh tikus ketika pungguk jelapang sedang terbang di udara.


Rujukan:

Disediakan oleh;

NUR SHAHFIKA BT ISMAIL

BSP (FP),

UPM SERDANG.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *