Toksisiti Nutrien

Gejala kekurangan nutrient merupakan sesuatu yang biasa dilihat. Apabila gejala tersebut dilihat diladang, tindakan yang biasa diambil oleh petani adalah penggunaan baja. Sekiranya tanaman itu belum dibaja pada masa yang terdekat, kemungkinan tindakan itu merupakan tindakan yang baik. Walau bagaimanapun, sekiranya tanaman tersebut sudah dibaja dan kemudian dibaja semula pada masa yang terdekat sedangkan mengikut jadual pembajaan, masa penggunaan baja masih lama lagi maka tindakan ini mungkin boleh membawa kepada toksisiti nutrien.

  .

Tindak balas tumbuhan kepada jumlah nutrien dalam tanah

Tindak balas pokok terhadap jumlah baja dan nutrien boleh diringkaskan menggunakan graf di atas. Pada jumlah yang sedikit, pokok akan kekurangan gizi, pada kadar yang terlalu banyak, toksisiti tanah akan berlaku. Apabila pembajaan secara berlebihan berlaku, tanah akan menjadi toksik, pertumbuhan pokok akan terganggu dan kualiti hasil berkurangan. Kadar optimum pembajaan di mana tumbuhan dapat menyerap nutrien dan membesar dengan sihat berada di antara dua kadar tersebut.

.

Unsur-unsur penting bagi tumbesara pokok

Sumber makronutrien NPK jarang menjadi toksik kerana julat antara kadar optimum dan toksik jauh berbeza. Oleh kerana mikro nutrien diperlukan oleh tumbuhan pada skala yang lebih kecil, maka julat perbezaan kadar optimum dan toksik pada tumbuhan lebih kecil. Maka, keracunan nutrien lebih mudah berlaku akibat mikro nutrien.

Tanda-tanda keracunan nutrien sering dilihat dan gianggap sebagai kekurangan nutrien. Keracunan nutrien dan kekurangan nutrien boleh berlaku secara serentak pada masa yang sama. Perkara ini berkaitan dengan interansi sinergi dan antagonisme antara nutrien dalam tanah. Kadar yang tinggi sesuatu unsur menyebabkan ketersediaan nutrien lain terhad kepada kadar yang rendah menyebabkan tumbuhan menzahirkan tanda-tanda kekurangan nutrien. Maklumat mengenai perkara ini diterangkan pada link ini: https://fastgrow.my/2019/03/29/ketersediaan-nutrien-pada-tanah/

Tanda-tanda keracunan nutrien

Nutrien NPK

Tumbuhan yang mempunyai N yang berlebihan akan menunjukkan warna hijau tua tetapi tumbesarannya perlahan. Pokok yang terlebih unsur N mungkin kelihatan tinggi, walau bagaimanapun, batangnya tidak kukuh. Kesan seperti terbakar akan kelihatan pada daun terutamanya pada cuaca panas dan kering. Kesan daripada terlebih unsur P dalam tanah adalah kekurangan pengambilan unsur Fe, Mn, dan Zn. Mengebabkan tanda-tanda kekurangan unsur-unsur terbut pada tumbuhan. Keterlebihan unsur K jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan penyerapan unsur Mg dan Ca terhad pada tumbuhan.

.

Kesan keracunan nitrogen pada daun

 

Micro nutrien

Keracunan nutrien mikro boleh berlaku rentatan daripada aplikasi baja berlebihan, pengairan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi atau kawasan tanaman mempunyai kandungan nutrien mikro yang tinggi. Tanah yang mempunyai kadar Cu, Zn dan Ni yang tinggi boleh mengusir unsur Fe dan unsur besi lain menyebabkan simptom kekurangan unsur-unsur tersebut. Kadar Mn yang tinggi pula akan menyebabkan bintik htam-perang atau kemerahan dan chlorophyll yang tidak sekata pada daun tua. Kesan klorosis dan nekrosis pada daun akan kelihatan pada daun.

Maklumat lanjut tentang tanda-tanda kekurangan nutrient boleh dibaca melalui link ini : https://fastgrow.my/2019/03/14/gejala-kekurangan-gizi-nutrien-pada-daun-tanaman/

Mendiagnosis keracunan nutrien boleh dilakukan dengan beberapa cara. DRIS merupakan salah satu kaedah yang dapat menganalisis tisu tumbuhan secara lebih tepat. Analisis lain yang boleh dilakukan termasuk analisis tisu daun dan sampling tanah. Diagnosis melalui pemerhatian visual juga boleh dilakukan walaupun tidak setepat analisis makmal. Maka, sekiranya terdapat gejala seperti kekurangan nutrien pada tanah, lakukan analisis ringkas dahulu dengan :

  1. Melihat amalan pembajaan
  2. Pemeriksaan pH tanah
  3. Melihat keadaan tanah
  4. Melihat aktiviti di sekitar kawasan tanaman

Kemungkinan tanah mempunyai masalah selain kekurangan nutrien. Sekiranya masalah keracunan nutrien berlaku kerana pembajaan, maka siramkan air bag mengurangkan kepekatan dalam tanah dan periksa baja yang digunakan. Jika perlu, baja yang digunakan boleh digantikan dengan yang lebih sesuai dengan tanaman.

 

Disediakan oleh :

Safwah Adani Zainuddin

Bachelor Sains Pertanian, UPM

 

Rujukan

  1. https://www.emeraldharvest.co/what-is-nutrient-deficiency-and-nutrient-toxicity/
  2. McCauley, 2011, Plant nutrient fuction and deficiency and Toxicity symptoms, http://landresources.montana.edu/nm/documents/NM9.pdf
  3. http://www.canna.ca/interactions_between_nutrients

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *