Fungsi Nutrient pada Tumbesaran Tumbuhan

Hasil pertanian bergantung kepada pengurusan tanaman. Sekiranya pokok menerima keperluan pembesaran yang mencukupi, pengusaha akan mendapat hasil yang baik. Pengurusan pembajaan perlu dilakukan berasaskan keperluan tanaman. Bagi menyediakan unsur yang mencukupi bagi tanaman mengikut peringkat penanaman, fungsi unsur perlu difahami.

Terdapat 20 unsur penting bagi tumbesaran pokok dan penghasilan buah yang berkualiti.

 

Unsur Penting bagi Tumbesaran Tumbuhan

Macronutrient

Micronutrient

Karbon (C)

Ferum (Fe)

Hidrogen (H)

Boron (B)

Oksigen (O)

Molybdenum

Nitrogen (N)

Kuprum (Cu)
Fosforus (P)

Zink (Zn)

Kalium (K)

Klorin (Cl)

Kalsium (Ca)

Nikel (Ni)

Sulfur (S)

Kobalt (Co)

Mangesium (Mg)

Silikon (Si)

 

Manganese (Mn)

 

Jadual di bawah meringkaskan fungsi nutrient dalam pokok.

Nutrient Fungsi
Nitrogen (N)

–          Pembentukan asid amino dan protein

–          Penting bagi pembahagian sel

–          Terlibat dalam proses fotosistesis pokok

–          Membantu proses pembentukan karbohidrat

Fosforus (P)

–          Terlibat dalam proses fotosintesis, respirasi, penyimpanan tenaga, pembahagian sel dan pembesaran sel.

–          Penggalakkan pembentukan dan pertumbuhan akar

–          Meningkatkan kualiti buah

–          Penting dalam pembentukan biji

–          Meningkatkan efisyensi penggunaan air dalam pokok

–          Meningkatkan kematangan pokok

Kalium (K)

–          Penting bagi pembentukan buah dan pembentukan protein

–          Meningkatkan kadar fotosintesis dan kecekapan penggunaan air pokok

–          Meningkatkan kualiti benih dan buah

–          Meningkatkan daya ketahananan terhadap penyakit

Kalsium (Ca)

–          Bagi pembahagian dan pembentukan sel

–          Terlibat dalam metabolisme nitrogen

–          Mengurangkan kadar respirasi pokok

–          Membantu pergerakan hasil fotosintesis kepada organ penghasilan buah

–          Meningkatkan lekatan buah

–          Menggalakkan aktiviti microorganisma

 

Magnesium (Mg)

–          Unsur penting dalam struktur chlorophyll

–          Meningkatkan penggunaan fosforus tumbuhan

–          Mengaktifkan enzim dan merupakan unsur yang wujud dalam banyak enzim

Sulfur (S)

–          Unsur penting dalam asid amino

–          Membantu dalam pembentukan enzim dan vitamin

–          Membantu dalam pembentukan benih

–          Penting dalam pembentukan chlorophyll

Boron (B)

–          Penting dalam percambahan debunga

–          Penting dalam pembentukan benih dan dinding sel dan pergerakan gula

Chlorine (Cl)

–          Unsur yang penting dalam pembukaan dan penutupan stomata yang mengawal pengeluaran gas dan air dalam tumbuhan.

Kuprum (Cu)

–          Merangsang proses dalam tumbuhan

–          Unsur penting dalam pembentukan chlorophyll

–          Meningkatkan kandungan gula dan warna.

–          Meningkatkan kualiti rasa buah

 

Ferum (Fe)

–          Meningkatkan penghasilan chlorophyll

–          Membawa oksigen

Manganese (Mn)

–          Bertindak dalam sistem enzim

–          Membantu dalam pembentukan clorophyll

–          Meningkatkan ketersediaan P san Ca

 

Nikel (Ni)

–          Co-faktor dalam memulakan aktiviti enzim dalam metabolisme nitrogen

Zink (Zn)

–          Membantu hormone membesar dan sistem enzim

–          Penting dalam pembentukan chlorophyll dan karbohidrat

–          Membantu penghasilan beni

Silikon (Si)

–          Meningkatkan daya tahanan pokok kepada penyakit dan perosak.

–          Meningkatkan ketahanan pokok kepada kemarau dan logam berat

Berdasarkan jadual diatas, unsur-unsur yang penting dalam beberapa peringkat tumbesaran tumbuhan boleh dilihat. Sebagai contoh, kepentingan unsur P dalam peringkat awal pemindahan pokok bagi membentuk akar yang sihat, Ca dan B dalam penghasilan buah yang berkualiti.

Terdapat juga unsur-unsur yang membawa kebaikan kepada tumbuhan walaupun tidak penting dalam proses tumbesaran pokok. Unsur-unsur ini disebut sebagai unsur berguna (beneficial elements). Kekurangan unsur-unsur ini tidak menunjukkan apa-apa kesan pada pokok. Contoh unsur berguna adalah sodium (Na) yang berguna bagi penghasilan chlorophyll. Unsur-unsur ini secara kebiasaannya sudah wujud dalam air atau tersedia dalam bentuk garam dalam baja dan tidak diperlu ditambah pada pokok secara spesifik.

Maka, apabila memilih program pembajaan, baja dan input yang bersesuaian dengan peringkat tumbesaran pokok perlu diplih dengan baik bagi memastikan tumbesaran yang baik.

 

Disediakan oleh :

Safwah Zai, BSc Pertanian UPM.

 

  1. https://balkanecologyproject.blogspot.com/2013/09/plant-nutrients.html
  2. https://plantprobs.net/plant/nutrientImbalances/chlorine.html
  3. https://www.pthorticulture.com/en/training-center/role-of-sodium-and-chloride-in-plant-culture/