Profil Syarikat
MQH RESOURCES SDN BHD (1219302-K)

MQH Resources Sdn. Bhd merupakan syarikat penuh bumiputera yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang dalam bidang pertanian.

 

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (1219302 – K)

 

Ibu pejabat syarikat ini terletak di Cheras, Selangor dan pusat pemprosesannya terletak di Jitra, Kedah.

  • Meningkatkan mutu dan kualiti hasil tanaman untuk jangka masa panjang  dalam persekitaran daya saing yang sihat.

  • Meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman dengan penghasilan kuantiti yang banyak dan berkualiti.
  • Membekal baja yang bermutu dan tidak mencederakan fizikal dalaman pokok.
  • Menarik minat masyarakat untuk menceburi sektor pertanian dan mengusahakannya dengan cemerlang.

Pengenalan Baja FastGrow
  • Fastgrow merupakan baja foliar campuran kimia yang mengandungi beberapa elemen yang dibenarkan dan  sesuai digunakan sebagai “Supplement” pada pokok dan buah.
  • Dihasilkan oleh anak muda tempatan dan penghasilan dengan proses yang teliti, bahan yang berkualiti. Jaminan kualiti hasil dan pengeluaran.
  • Tidak merosakan pokok malah memberi tambahan hasil dan berat buah sawit. Selamat digunakan oleh manusia dan pengendalian yang mudah.
  • Kandungan baja fastgrow telah dihantar dan diuji di makmal Jabatan Pertanian Kuala Lumpur untuk dianalisis kandungan.
  • Baja Fastgrow terbukti dapat meningkatkan hasil pengeluaran buah dan kualiti berat buah ke tahap yang lebih baik.
  • Perbezaan pada buah sawit selepas semburan baja foliar Fastgrow Fertilizer adalah buah sawit lebih padat, buah yang masak secara serata, dan warna buah tampak lebih segar.
Produk kami